Actually nak tukar layout la konon2 maka privatekan lah kejap, TETAPI nan adooo.. terlupa trus huhu
tapi nothing much to update pun, kalau ade pun sume about the pregnancy journey, menyampah plak kan org bace kang, tapi pike2 balik sesape nyampah takde sape2 pun halang dia tekan "X" kat atas window ni ;p
Anyway, now i'm almost 18 weeks of pregnancy, cepat sungguh rasenye, tup tup da gemuk (T_T)
So meh nak cite pasal my 1st trimester (~12 weeks)
Setengah org bernasib baik tak mabuk2, muntah2, rilekkk je, so memula mmg fikir positif la that i'm not having any morning sickness, TETAPI nan adooo jugak
1. Ketidaklaratan. Sampai je rumah, terus cari katil, by 8.30pm tu, hubby kena gosok belakang badan dgn vicks, and sapu vicks kat hidung, tarik selimut, and i'm off to wonderland. tak laaaaaarat sangat.
2. Hilang selera makan secara besar-besaran. dinner memang tak lalu. lunch memilih. ade 1 kedai kat bawah ofis ni, tiap2 kali lepas makan kat kedai die, masuk ofis terus cari toilet muntah balik. ade sekali tu baru sesudu masuk mulut, terus rase len macam, tapi makan jugak sebab lapar kan konon2 kang tade tenaga, tapi memang series lepastu terus cari toilet and muntahkan semua.
3. Takleh masak. tak suka masak. tak suka bau dapur. tak suka menumis sambal. hubby memula fikir bini dia mengada2, orang lain morning sickness, bini dia pon nak psiko diri sendri kan nak sickness2.
so one day dia request nak sambal ikan. sebab dah selalu sangat makan kat luar, kesian la plak kan. maka ku gagahkan jugak la menumis untuk suami tercinta. KONON la. masa masak tu dah feeling nak uwekk uwekk dah tapi tahan. siap masak, panggil hubs makan, and ako melepek atas sofa sebab rasa penat sangat. tapi hubs pujuk makan sikit nanti lapar. maka makan. habis makan cuci tangan ondeway nak gi sofa balik memang perut bergelodak habis aa lari gi toilet and muntah balik semua.
sejak tu hubby percaya kalau perempuan mengandung cakap dia tak boleh, or dia taknak or dia tak lalu or dia tak suka, sila jangan suruh. MEMANG tak boleh. sekian.
4. Mengidam. mintak kat hubs nasi kandar, laksa utara dgn ketam goreng cili. nasi kandar nak kat kedai KAYU je mamak len taknak. sib bek ade selai kat USJ, so settle, hati senang. cet.
laksa nak laksa utara, padahal yg paling senang dapat mesti la asam laksa, kat mana2 pun ada. taknak. nak laksa UTARA jugak. ni bukan mengada2 okay, ni series craving gila mcm kalau tak dapat sedih gila. penat pike mane nak cari laksa last2 teringat kat kl sentral ade kedai tu jual laksa. yg ni hubs layankan jela, sebab dekat ngn tempat keje kan.
ketam tu mmg tak dilayan aa sebab suamiku seorang yang malas mengharung jam di hari minggu utk ke tempat jauh2 seperti port klang. kalau port klang pun die kate jauh, jangan harap la dapat makan seafood di melaka. sampai ku givap dan membeli ketam di supermarket nak masak sendiri. tabah tak?
tu pun satu hal la tau masak kari ketam je. paksa hubs g carefour nak cari rempah kari ketam, takde. siap bergaduh2 aa dlm carefour tu sebab hubs mmg tak penah jumpa kari ketam and tak percaya wujudnya serbuk rempah kari ketam, die bleh cakap adabi dah stopkan pengeluaran la ape la. last2 balik rumah.
dalam kereta tu call cousin yg dok kat penang, sebab kitorang punye mak adik beradik kan, so kalau mak ako penah masak kari ketam maksudnye mak die pun mesti la penah masak kari ketam. mengadu2 nak kari ketam sampai nangis2 dalam kete sebab hubs tanak layan. seemuaaaaaaaa orang cakap serbuk kari tu wujud. last2 my cousin gi tangkap gambar serbuk kari tu and post kat facebook, baru lah hubs pecaya. so agaknya pas tgk bini die berlinang2 air mata nak makan, die drive la sampai tesco, nak cuba cari lg sekali, tup tup adaaaaaaaaa terus ku borong berpeket2 hahaha.
balik rumah semangat kongkangkongkang kat dapur sambil ingat resipi arwah mama ajar, and finally siaplah kari ketamku tanpa nenas (1st trimester takut nak makan nenas). nenas tak nenas sedaaaaaaapp jugak okay. hehe.
kesimpulannya, lelaki2 sekiranya anda sedang membaca, mengidam masa pregnant tu menda series wei korang jgn main2. ini bukan mengada2, ini series punya kes ni kalau tak dapat bleh nanges woo hehe. cmtu gak dgn morning sickness. bukan saja2 nak muntah tau. blame the hormones.
but i'm already in my 2nd trimester now. things are getting better. insyaAllah akan menulis lagi bila2.
bye for now.
doakan keselamatan kami sekeluarga.
Amin.