January 31, 2010

akan buat

current mood : dah 1 Februari rakan-rakan.saat-saat genting.fuuhhhh~

InsyaAllah.April ini.

1. pegi urut kaki ; kaki kanan(lutut ke bawah) saya bermasalah sket ,
nak g main snowboard pun kena fikir banyak kali.

2. pegi jumpa doktor gigi ; pernah dinasihatkan untuk buat minor operation ,
sebab gigi bwh yg paling ke dalam sekali tu(both sides) tertanam dalam gusi ,
melintang plak tu. tak sakit pun , tapi doc cakap lama-lama nanti gigi2 tersebut akan bagi tekanan pada gigi2 yg berada di depan ; kesannya tua2 nanti gigi2 akan menjadi tidak rata.
mungkin nak pakai braces juga.

3. pegi hospital , nak buat full medical check up .
last sekali buat sebelum fly ke Jpn , 5 years ago.

semua pun pasal kesihatan la plak kan.tapi tu lah,asyik tangguh-tangguh.
balik cuti sekejap-sekejap je.


memang hospital/doktor kat Jpn best,saaaaaangat detail,suka sangat doktor gigi di Jpn.tapi masalahnya saya dah hampir 2 tahun tak bayar insurans kesihatan (yang akan memberi potongan sebanyak 70% dari kos sebenar).buat pengetahuan anda,kos perubatan di Jpn sangat mahal,alangkan yang 30% tu pun dah rasa mahal.(kedekut sebenarnya)

InsyaAllah,doakanlah semua urusan saya untuk grad dipermudahkan Allah.

UPDATE : saya dah boleh minum fresh milk dengan selambanya.dah tua2 bangka baru nak belajar minum susu.start minum pun sebab syieda cerita mak dia kena osteoporosis baru-baru ni.


dari semalam teringat kat kak ayu.(kakak ipar encik batu permata biru kehijauan) nape eh?


adoi adoi adoi

Cam Gigandet,
he played the bad guy in Twilight,
and her daughter Everleigh Rae.
hot daddy~

love to see the young,new and stylish parents with their kids,
or should i say hipster parents ; the parents who don`t want to be adult.haha.
they believe becoming a parent should not require one to relinquish creative control over one's life,move to the suburbs,and purchase a minivan.




TETAPI untuk jadi seperti itu anda memerlukan duit yang banyak.
sbb stroller haruslah mclarren,henbeg besar2 nak taruk pampers baby pon haruslah LV.

SALAH SALAH , syarat utama ; wanita perlu menjaga penampilan diri
walaupun selepas berkahwin.
lelaki...errr kate life starts at 40 ; bluekkss.

dan oh,perlu maintain pakai high heels selalu juga ya.



training2 dari skarang.pakai heels semasa ke supermarket,dan pulang dengan mengendong sekampit beras.at least 5kg punya aa,2kg tu main tipu.

MAKA,marilah hidup secara realistik dan bersederhana tetapi bergaya.

January 30, 2010

yg hidup perlu meneruskan hidup



harini birthday abah.
unfortunately,anak dia ni,
hanya teringat nak wish pada pukul 9.15pm waktu Jepun.
adoiiiiii memang hampeh gila.
yang lebih menghampehkan lagi,abang and bab pun tak wish lagi,
mesti abah sedih.
bila susah,bila tak cukup duit,bila nak mintak tolong apa2,
baru nak ingat kat abah.
dengar suara abah tadi pun tau abah macam kecewa.

sorry abah..

bukan tak ingat,ingat je 30hb Jan ialah birthday abah,
tapi sebab harini langsung tak terpandang tarikh kat handphone,
pendek kata,memang tak tahu pun harini berapa haribulan.

memang secara jujurnya,saya sayang mama lebih dari sayang abah.
sebab saya anak bongsu,perempuan seorang dalam keluarga,
yang sangat rapat dengan arwah mama.
tapi saya tetap sayang sangat kedua-duanya.
yang melahirkan,membesarkan dan mendidik saya,
to be who i am now.

happy birthday abah.
semoga panjang umur,murah rezeki selalu.
i always love u,abah.
i was mad at you,and i guess i am still mad at you,
tapi...
saya dalam proses memaafkan,abah.
saya dalam proses menerima hakikat,
saya dalam proses untuk redha dengan ketentuan Allah,
saya dalam proses menguatkan hati,
saya dalam proses memperbaiki kekurangan.

and i believe that time really heals,insyaAllah.


Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau ampunilah segala dosa-dosa kedua ibu bapa ku,
Kau kasihanilah mereka seperti mereka mengasihani kami adik beradik
semasa
kami kecil,
Kau tempatkanlah mama ku di kalangan ahli-ahli syurgaMu,
Kau panjangkanlah umur dan murahkanlah rezeki abahku,
Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada abahku,
Kau lindungilah abahku dari kecelakaan dan malapetaka,
Kerana sesungguhnya hanya Kau yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui.

current mood : feeling useless.nak balik mesia cepat2.nak jadi anak abah yang baik.

January 28, 2010

derulo


"If we all threw our problems in a pile and saw everyone else’s,we’d grab ours back."


current mood : bersemangat (ker?) menunggu hari esok
(hari masuk scholar = hari membayar bil2 tertunggak)




January 25, 2010

big boy

video



selain daripada dia tak boleh sebut "seven" dengan betul lagi,
saya lebih tertarik dgn cara dia sebut "one".
cm nk cari gaduh.

oh btw fahim baru nak masuk 3 tahun bulan Mei ini.

January 24, 2010

when u let ur heart win

setelah beberapa tindakan diambil,saya dah open to public balik blog ini,
entry2 lama biarlah saya dan orang2 yang pernah membacanya saja yang
tahu...dan bila saya dah decide nak public kan balik,
maknanya saya akan mengurangkan entry2 yang bersifat terlalu peribadi.

maaf di atas segala kesulitan.

XOXO

kalsium oh kalsium


dah hari ke 24 dalam tahun 2010
tapi tahun ni tak ada azam2 seperti tahun lepas
tak nak dah buat azam untuk satu tahun

tapi saya ada beberapa perkara yang saya harap saya mampu buat.
yang saya sedang cuba buat.
yang saya akan buat sampai saya tak lupa lagi untuk buat.
kemudian baru boleh saya panjangkan list,untuk jangka masa lebih panjang.
simple things,tapi saya selalu abaikan sebelum ni.


1.tak liat bangun solat subuh
2.sedekahkan Al-Fatihah utk mama dan abah setiap kali bangun tidur
3.menjadikan amalan minum susu segar dan green tea setiap hari
(bermula dgn operasi mengepit hidung masa minum susu pastu minum laju2 haishhh)
4.mencuci mekap sebelum tidur no matter how tired i am
5.call abah selalu

oh ya,i am currently addicted to the arrivals at youtube.
very interesting.ada subtitle dalam BM juga.
semuanya bermula selepas membaca 2 artikel ini

1.AJL 24 unsur illuminati?
2.Angkara Yahudi

jujurnya memang pengetahuan am saya tak banyak,
jadi saya agak kurang peka,
tapi hasil pembacaan blog2 yang berkaitan,
saya cuba menonton siri ini,
dan hasilnya,
terkejut.

January 12, 2010

masa-masa begini

1. bekalan panadol habis,i cant find any and it was 1am

2. tried to sleep but i cant,batuk teruk,bantal jadi panas sgt.
i was shivering walaupun dah bukak heater and membungkus diri dgn 3 lapis selimut

3. nasib baik ade junior semalaysia yg duduk kt umah tingkat bawah
(thanks for the pills)

4. and today,minum milo pun rasa air paip

5. teringat mama`s kanji (bubur nasi).mama selalu masak kanji kalau saya demam.

6. sedih sebab harini ada zemi,dah berusaha siapkan slide semua,but i cant go to school,takut semua orang takut and lari cari mask

7. it is Jan 12 (45 days left until final presentation) and everyone tweeted bout research things.

8. drove all the way to shiyakusho(city hall) nak amek health insurance thou tgh lalok lepas makan ubat

9. i need my fairuuz right now.





January 8, 2010

do u knw what`s worth fighting for?

bila sesuatu pertanyaan dikemukakan,maknanya orang yang bertanya itu perlukan jawapan mahupun pendapat.

(READ:bagi pihak saya) saya akan buat keputusan sendiri bila :
a) tiada jawapan diberikan
b) ada jawapan tetapi salah satu daripada senarai di bawah
-tak tahu
-suka hati lah
-ntah

kerana kedua-dua keadaan di atas akan berakhir dengan situasi yang tiada jawapan/keputusan dan boleh merugikan masa saya dan orang lain.

dan kerana sifat saya yang suka membuat keputusan begitu,
orang nampak saya bossy,
mungkin apa yang saya decide itu orang anggap sebagai satu arahan.
sedangkan saya akan sangat berterima kasih kalau ada orang yang membantah cadangan saya,
sebab dari situ sekurang-kurangnya akan ada satu jawapan atau keputusan.
dan saya akan lebih berterima kasih,kalau orang berterus-terang.
dalam erti kata lain : kalau tak puati/tak setuju cakap depan2 kan senang.

maaf,saya boleh jadi seseorang yang sangat menjengkelkan seperti entry ini.

January 6, 2010

Alhamdulillah

current mood : happy dan bersyukur!

sbb saya dah dapat kerja.

an established food manufacturing company in Jpn,
tapi baru nak buka kat Msia so orang tak pernah dengar pun.
position dlm sales department.
penat2 belajar engineering kan?
abah pun was-was bila saya bagitau i`ve accepted the offer.
memang ada peluang lain yg bakal menawarkan gaji yang lebih tinggi,
but i think,this is what i want to do.

interviewer 3 org (semua japanese),mati2 saya ingat sorang je,
sampai shibuya station boleh sesat plak wth?
confident cakap saya tunggu kat south exit JR lines rupa2nya line lain
sampai org tu kena pusing 1 station sebab nak cari saya (T_T)

soalan2 dia unexpected juga.
sebab mereka tanya sangat detail tentang apa yg saya tulis dalam resume.

interview mengambil masa dlm setengah jam.

"u cakap ur graduation day will be on March 25,and ur flight to Msia maybe on March 31,how come dalam resume u tulis u are available from April 1?
turun flight terus nak g ofis?" (T_T)
pengajaran : jangan tipu sunat dlm resume.

"u ada plan nak kahwin tak dlm masa terdekat?"
OK ni saya tipu sunat (T_T)
tp die tanye tu bkn sbb ape pun,sbb this job requires me to travel quite a lot.

special thanks to my eldest brother,
abang sebab banyak membantu in my job hunting.
who gave me his cover letter,
(yg saya copy paste and tukar nama company everytime apply mane2)
dan memberi link2 company hebat2 sbb die igt adik dia hebat sgt?
dan sebab tolong balaskan email dari satu company ni,
sbb adik dia ni berpeleseran kat tokyo sampai lupa check email,
sampai orang HR dia call dari mesia,
dan sebab tolong betulkan kesilapan yg adik die ni buat
masa isi ujian bertulis (sebab isi kelam kabut teruja sangat nak pegi bercuti)
dan resend balik email tu beserta jawapan yg betul.
(kat dlm bas tgh2 jalan tu baru teringat salah isi plak tu!)
hahahahaha tenkyu2 nanti adik blanja hang okkey!

and thanks to the girls also,the tweeples!
terharu gile bila tgk dorg tumpang hepi,meriah!
like what izyan tweeted --> "weeeyh!!! happy gile tgk korang sume happy!!!!! saikou de gozaruuuu!! friends for life! nnt gathering mamaks!hehe~"
and tetibe ayu cakap dia sedih bila tgk gambar2 percutian
kat Kyoto & Tokyo tu.
sebab dah tak lama dah bleh huha huha camni.
cis ingatkan saya sorang je emo tak pasal2,great mind!

yg belum naitei tu,cari kt Msia nanti pun insyaAllah,banyak je peluang.
saya ni sebab ada pressure lain yg nak saya naitei before balik,
sbb tu ganbatta apply banyak2.
ganbare!!




p/s gaji ciput je but let`s give it a try.

p/s lagi : it was my 5th interview in Jpn