August 15, 2013

termimpi-mimpi sudah

come to mommy !

May 27, 2013

Babyfood with Babycook

sejak Vivy dah suka makan ni, mommy pun semangat balik nak buat homemade food for her. sebab nak bagi dia berisi so balik2 hadap bubur nasi jela. tu pun balik2 dgn sup ayam haha. dah try buat dgn sup ikan tenggiri, tapi lepastu Vivy meragam sakit perut sampai demam2 so i stopped giving her bubur ikan tenggiri. taktau la maybe tak serasi ke ape ke.




so selalunya buat stok sup ayam, stok steamed vege (carrot,celery,broccoli etc), so everytime nak makan just blend nasi dgn stok sup & vege. setengah orang buat stok bubur letak nasi terus kan, but i think nak bagi Vivy nasi yg baru masak la fresh sket.


ok mcm ni first row tu stok sup ayam, 2nd row stok steamed vege, and the 3rd row tu bubur nasi utk 2 3 kali makan haritu. 

so far i love my Babycook by Beaba so much ! mmg senang sebab bleh defrost, steam and blend guna satu benda tu je.


Lily Viviana ; 18months old & Lana Jessamine ; 3 months old



jyaaaaaaaa~


May 2, 2013

How Friendships Change After Motherhood

takleh tido so nak meluahkan perasaan sket.

i had a bunch of good friends, yg kenal masa zaman sekolah menengah.

kitorg still keep in touch although when i was in Japan, if balik mesia cuti mesti contact ajak lepak etc.

until i got married. my husband org KL. and both of us work in KL. so most of the time kitorg mmg ade kat KL. so dah jadi jarang balik ipoh. lagipun my parents rajin dtg KL. so being a wife, i dont know if this happens to u guys, but for me pas kahwin mmg jadi busy dgn urusan keluarga. keluarga di sini means suami, parents, parents in law, adik beradik sendiri, adik beradik suami, sedara mara sendiri, sedara mara suami. lepastu ada anak pulak lagi la busy. membuatkan ako jadi lost contact dgn kwn2 skolah.

tapi yg peliknya, ako tiap2 hari group whatsapp dgn kwn2 ppktj, kwn2 masa kat jepun. dorg pun aktif kat fb, twitter, instagram etc so tak pernah plak rasa lost contact dgn dorg. eventhough jarang jumpa, jumpa pun kat kenduri2 kawen je selalunya, tapi tiap2 kali jumpa tu meriah sungguh, catching up.

i thought things gonna be the same dgn kwn2 lama masa zaman skolah dlu. tp ako silap. agaknya ada yg kecik hati bila ako tak attend wedding dorg, so anggap ako dah lupa kawan. gaji ako kecik je tak besar mana. tak sampai tahap mampu nak balik ipoh sebulan sampai 2 3 kali. sebulan skali pun jarang kot. pastu kalau weekend ada event family, takkan nak tinggalkan pulak. bukan ke isteri tempat nya di sisi suami?

baru-baru ni berkesempatan pegi kenduri kawan skolah, jumpa la kwn2 lama kat sana. aneh bila kwn yg sgt rapat dgn kita dlu bleh ignore kita, salam pun tak ikhlas siap berpaling muka lagi. entah la, maybe ako ada buat silap kot kat mana2.

i'm sorry sbb tak dapat jadi kawan yg baik, i'm busy being an awesome wife and mom. but i don't regret it. sbb ako tau real friends stay.

lagi satu yg buat ako nampak siapa kawan masa susah dan senang ialah masa arwah mama sakit, masa arwah meninggal. siapa yg ada? u know who u are.



April 16, 2013

agak-agak la kan

assalamualaikum

entry ni random je takde tuju kat sape2 kalau terasa tu mintak mahap la yer

ni nak cite pasal tawar-menawar harga barang.
tak salah bargain harga, ako pun suka bargain harga, sape tak suka kan.
tapi agak-agak la.
kalau ko pergi pasar malam, nak beli selipar, dia letak harga rm10, pastu kau nak tawar jadi rm4, ko rasa patut ke tak? ko rasa org berniaga ni nak buat amal jariah ke ape? org berniaga sebab dia nak untung. dah kalau dia dapat selipar tu dr supplier dgn harga rm6, pastu ko nak beli rm4, make sense tak?

sama jugak kalau nak beli barang 2nd hand. dia beli dulu harga rm800, baru beli seminggu, baru pakai sekali, barang punye condition is totally like new, kau nak beli dgn harga rm400, boleh? agak-agak la beb.

sekian.

April 3, 2013

Family Planning

Salam..

Mase pregnant kan Lana lagi, ako dah decide dalam pantang lagi akan ku heret hubs jumpa gynae to let him know about the family planning methods. sebabnya lepas beranakkan Vivy, mmg ako nak amik pills, tapi hubs tak kasi. mesti die pike bukan2 la pasal side effects sume kot. tapi die mmg tak kasi ako amik mane2 pills. dia kata jom guna cara natural. fine. kang makan senyap2 kang jadi haram plak kan so ikutkan jela. masa Vivy almost 8 months old, ada sekali tu tiba2 hati rasa lain mcm. biasa la instinct pompuan kan kuat, and selalunye betul plak tu. period dah 2 3 hari lambat. yang menguatkan rasa tu tetiba satu hari tu dari pagi lagi rasa nak makan nenas, so nak gi beli jugak nenas kat supermarket bwh opis. makan 2 3 ketul, tetiba tak jadi nak teruskan suapan. series rasa tak sedap hati. terus gi farmasi and beli 3 kot pregnancy tester. hahaha amik kau 3 terus, dari brand murah sampai paling mahal. takyah tunggu yg mahal, guna yg paling murah pun terus kluar double line ! terkedu tergamam mak jemah sorang2 dalam toilet tu. sumpah speechless. taktau la nak gembira ke nak sedih. huhuhuhu.

Masa pregnant kan Lana, I had mostly bad times. i'm not talking bout the morning sickness. i can bear with it. but being pregnant with the little Vivy to be handled at the same time, was a nightmare. dgn tetiba nye Vivy masuk ward sampai 4 kali within a month, that was the hardest time. pregnant kali ni memang sumpah penat gilaaaaaa !

ok sudah mukadimah pun dah panjang. haha. anyway after 5 weeks deliver Lana, i went to see my gynae in Pantai Hospital Ipoh, Datin Dr. Mimin. she explained that in Malaysia there's a few methods, masing2 pun ade side effect. so it's totally up to us to choose which one yg sesuai dgn diri dan bajet masing2.

1. pills
2. suntikan every 3 months
3. IUD
4. Implanon
5. Mirena ( iud yg ade hormon)

so no 1 dan 2 daku dah reject awl2. pil sbb possibility nk terlupa makan tu sgt tinggi. suntikan tu plak cm leceh nk kne gi cucuk every 3 months. implanon sbb slalu jumpe blog org yg kata berat badan naik pas pakai. IUD sbb dah 2 org yg dikenali pregnant walopon pki IUD huhu. so tinggal la Mirena. the safest and the most efficient katanya. the most expensive jugak hukhuk. yes, it costs rm850 in Pantai Hospital Ipoh. kat KL almost rm1.2k. so mintak kt Doc few days for me to consider. tapi hati berat kata nk pakai Mirena.



bgn pagi esoknye, confirmed ! Mirena it is ! so bye-bye Rayban ! bye-bye Michael Kors handbag ! lenyap dr pandangan... sadnessssss ! tapi sbb rasa tak sanggup dah nk pregnant lg dlm masa terdekat ni, ku turutkan juaaaaa sobs.

prosedur die senang je, Doc kata akan rasa sengal2 senak2 sket tp ako rasa biasa je. well, sakit beranak tiada tandingan. so setakat nk insert Mirena tu x rasa la sakit pun. ako laaa, org lain taktau la. or maybe Datin Mimin mmg terer org nye.

ok tu jelah. nanti tulis lagi. bye-bye.


tinggal kenangan.  
source : clubmasters