February 9, 2013

kisah di satu petang Jumaat

lunch hour tadi, the colleagues and I, 4 of us pegi masjid TTDI sbb dorg ni melayan mak buyung ni nak makan kebab daging dgn nasi beriani kat situ.

masa tgh pilih2 ayam madu tu, dtg la 4 org budak skolah, yg kitorg rasa still sekolah rendah, maybe darjah 4 or 5 camtu. dtg tanya kat tuan gerai "makcik, nasi satu berapa?"

pastu makcik tu jwb "rm8. berapa org?" sambil tangan mencedok nasi.

and one of the kid said "takpe la makcik, tanya je dulu"

sape2 yg dgr pun mesti la rasa budak ni nak kira duit dulu cukup ke tak nak beli sepinggan beriani.

makcik tu pun tanya kat husband dia "bang, ni budak2 ni tanya nasi berapa ringgit?"

pakcik tu pun panggil budak2 ni dtg dekat dia. mula2 dia nak bagi sepinggan rm5, sbb tgk gaya budak2 tu mmg x cukup duit, tp bini dia bertegas nak bagi rm6 paling murah.

while DZ (my colleague) and I dah rasa sayu dah tgk budak2 tu. dlm hati ni dah tepike "Ya Allah, kalau la nnt anak aku jadi cmni, duit belanja tak cukup, tp teringin sgt makan beriani" kesiannnnn sgt.

last2 budak2 tu amik sepinggan je, kongsi 4 org. paham tak? ako tatau la org len cmne tp time tu rasa ako nk byr kan je utk dorg semua. tp tgk purse cm tak cukup plak.

last2 blah nk balik kete. tp hati tu sayu lg. sembang dgn kwn2 lain, semua tgh sebak rupanya. so ktorg kumpul rm6 sorg, dan patah balik kasi kat pakcik tu, and suruh dia kasi budak2 tu makan.

nasib korg lah anak2. bertembung dgn "kakak-kakak" yg berhati lembut ni, jenis tak sampai hati. maybe sbb masing2 pun dah ada anak, so masing2 pun teringat kat anak sendri. sobs.

but we wonder apesal la makcik pakcik tu takleh pejam mata je and sedekah nasi ngn ayam, kasi portion sikit je pun jadi lah, buat hilang lapar budak2 tu. tp yela org berniaga kan..

tu je. let's say hello to the long weekend ! :D Happy Chinese New Year!


-blogging from my phone, pls ignore if there's any typo-

0 comments: