March 18, 2013

another gold experience :)

Alhamdulillah, yang ditunggu-tunggu dah selamat keluar melihat dunia. so cam biasa la kne tulis entry psl pengalaman bersalin kali kedua ni sbg kenang-kenangan.

Jumaat, 22 Feb 2013

Bertolak balik Ipoh. walaupun due date 3 Mac, tp cam biasa la instinct tu kata baby dah nak keluar, takut terberanak kat KL plak maka pulang la kami anak beranak.

 Sabtu, 23 Feb 2013

Still takde show, so ajak hubs pegi jenjalan kat Ipoh Parade konon nak kasi baby cepat keluar. jalan stengah jam je ok lepastu rasa sakit. bukan contraction, tp sakit mcm baby btol2 dah ade kat bwh dah, nak jalan tu rasa cm tak larat dah menekan2 kt bwh tu. tunggu jugak mlm tu kot2 ade contraction tp takde.

Ahad, 24 Feb 2013

Harini emo dari pagi sebab tau hubs dah nak balik KL petang tu. asyik la suruh baby kluar so that daddy takyah balik. tp takde sign. in fact baby kurang movement dari pagi. so ajak hubs gi klinik before die balik KL. rasanya dlm 5 kali je kot baby gerak dr pagi sampai kol 6pm cmtu.

so gi klinik dpn rumah, tp bila dia tau dah 9 bulan, die soh gi hospital terus. pegi klinik lain sbb nak check heartbeat je, klu gi spital mesti aa mcm2 hal kan. skali check kat klinik tu heartbeat baby dlm 120 je (normal dlm 140-160). pastu tone suara doc tu dah lain. dia kata "if i jadi u lepasni i terus gi spital buat ctg sbb tgk dari scan ni air ketuban u dah sikit sgt ni, plasenta pun dah matured, baby patut dah bleh kuar skang"

tak ke cuak? so balik umah jap amik brg2, layan vivy jap sbb nak kne tinggal kan die in case kalau kne admitted. then after maghrib pegi Hospital Pantai Puteri bahagian emergency sbb dh mlm. buat ctg and guess what? heartbeat baby jadi 180-200, tinggi gila2, hyperactive, terus kne admitted sbb dorg nk monitor takut baby terbelit tali pusat. kene drip, and after like 3 hours baru la heartbeat jadi normal balik. so doc buat kesimpulan mak budak ni stress dan x cukup minum air sbb tu jadi cmtu. nurse check bukaan rupanya mlm tu dah 1.5cm, amazingly ako tak rasa ape2 pun, tak mcm masa vivy dlu 0.5cm pun dah sakit dah. so doc kate sbb alang2 air ketuban awak dah sikit, esok pagi kita tgk cmne, saya akan masukkan ubat dlm drip utk galakkan contraction. maka bermalam la kami laki bini dlm labor room. takleh tidooooo sbb 1st time vivy takde kat sebelah :(

Isnin, 25 Feb 2013

Dlm kol 11am tu doc dtg check. bukaan dah 3cm. and again, tak rasa pape. lain sungguh dgn masa beranakkan vivy. dlu 3cm tu sakit die cm nak mati dah huhu. so sbb dah 3cm, doc pecahkan air ketuban. terus ako mintak epidural. sbb tau contraction lepas air ketuban pecah tu dahsyat. tsk. so dtg la Dr Wahid (pakar bius) lalu mencucukkan epidural kat belakang ku. errr sebelum cucuk epi tu die cucuk bius dulu kot, cucuk bius tu sakit aaaa rasa cm masuk ke tulang tsk. tp sekejap je sakit nye. pas cucuk epi kebas dr pinggang sampai ke ibu jari kaki. mmg kebas sungguh2 mcm kebas sbb baring lama sgt.

lepas cucuk epi nurse dtg jenguk selalu. satu, sbb ako x rasa contraction, dua, sbb dorg kata anak no 2 ni laju sket. nurse asyik la tanya ade rasa nk kencing ke berak ke, jwpn ako ialah taktau. haha. sumpah taktau tgh rasa ape penangan epi tu. sampai la dlm kol 3 cmtu, nurse tukar shift, yg jaga ako pastu nama die Zarinah. baaaaaiiik sangat nurse ni. die sgt concern. sbb die tau ako x rasa ape2, die la dtg dok kat sebelah pegang perut dan kira contraction. sambil ajar baca doa Nabi Yunus. sambil die pegang perut pun die baca doa, terharu sgt. terus teringat kat arwah mama :( by 6pm tu Kak Zarinah check dah 6cm. lagi la die yg cuak. asyik tanya rase nak berak tak? ade rase pape tak? die cuak ako pun jadi cuak jgk sbb sndiri pun tatau skang tgh rasa ape. pastu kan tetiba rasa cm ade menda kat bwh tu. tp bukan rasa nak meneran berak. rasa ade menda je. and i think that was the baby's head. bitau Kak Zarinah and i asked her to seluk tgk dah bape cm. dia seluk and senyum, eh dah boleh dah ni katanya. terus call Datin Mimin yg kebetulan still ada kat klinik dia lagi. timing tu cun la org kata.

so dah ready sume, doc ajar cane nk teran. masalahnye ako tak reti teran. teran kt dada sampai muka merah padam. bila teran camtu cam ako sedut balik baby masuk dlm. bila doc kata baby dah kluar sampai dahi, by that time ako mmg dh tak larat sgt2, tp bila doc kata "Adibah, awak kena teran sekarang, kesian baby nnt saya kne gune vacuum". dengar je doc cakap cmtu, ako pejam mata, tarik nafas panjang2 dan teran sehabis daya dan Alhamdulillah baby berjaya keluar, normal delivery with full effort kata hubs !



presenting our new addition in the family ;


Lana Jessamine Binti Muhammad Fairuuz

Alhamdulillah :)

4 comments:

anumuchan said...

omedetou dib..comelnyeee baby :) best tak amik epi.kalau ada lg next rasa nak amik epi lagi ke nak normal mcm first dlu je.huhu

dibdibadibah said...

tq anum. next baby insyaAllah epi jugak wahahaha. cukup la sekali merasa sakit beranak 20jam :)

anumuchan said...

nak tanya kan, kalau dah amik epidural tu kan, time kene cek seluk ke, mmg dah x sakit and dah x terasa apa dah ke..huhu

dibdibadibah said...

err yg dib haitu mmg tak rasa pape la, sampai dah jahit, dah masuk ward sume baru rasa sakit sbb kesan die dah hilang