August 22, 2011

things i'll never forget




1. Mama passed away in June, 2008. The last time i saw her smiling was 3 months before that. I was in Malaysia for spring holiday. Semua nampak macam biasa. Tiada perubahan. Sampai la hari kena berangkat balik Jpn, pun macam biasa, Mama & Abah hantar sampai airport. Salam2 peluk2 mcm biasa. Tak pernah terfikir pun tu kali terakhir peluk mama dalam keadaan Mama masih sedar. Flight ke Jpn selalunya 11.30pm mcm tu. That night I was super sleepy. Masuk plane, simpan2 barang, dapat bantal and selimut from akak pramugari, terus tertido. Kapal terbang tu tak jalan pun lagi, tapi ako dah tertido. Suddenly, i heard Mama's voice, she called me, loud and clear, "Adik!!". Terjaga terus. Terpinga2. Time tu kapal terbang tu dah jalan slow2. Terus on balik phone, call Abah, tanya dorang kat mana, Mama buat apa, ada apa2 dah jadi ke. Abah kate dorang kat airport lagi, takde pape pun, dah nak balik dah.. Sedapkan hati sendiri, nanti dah sampai Jpn call Mama, and she was fine when i called her..

2. The last time i talked to her was a few days before Mama koma. She was alone as Abah was working outstation that time. Mama cerita pasal dia tak lalu makan, sejak buat laser mata tu. So dia asyik kunyah asam, nak bagi sedap lidah. So ako bising2 cakap tak elok la makan asam banyak2, Mama tu dah la kencing manis, kalau tak makan btol2 nanti gula rendah sgt ke, tengah2 malam kalau dok sorang sape nak tolong, bla bla bla bla membebel. Last skali ako ingat, ako cakap " kalau tak lalu makan pun, ingat kat Adik ni, makan jugak, tak kesian ke kat Adik ni dah la jauh, susah hati kalau jadi apa2 kat Mama". Mama diam. And started to cry. I know she was lonely and she missed me. Then ako sambung bebel lagi sambil menangis jugak (yes, ako memang takleh dgr Mama nanges, takleh jugak kalau nampak dia menangis, mesti tumpang menangis sekali) "ingat ni Adik sayang Mama, so kalau sayang Adik, Mama kena jaga makan..."

that's why ako tak ralat lepas Mama pegi, i've told her that i love her.

3. When i arrived in ICU Hospital Ipoh, hati ni mcm disayat2 tgk keadaan Mama yg koma, badan bengkak2 kena cucuk jarum masuk air tu, pergelangan tangan dia mcm ada kesan lebam (lepas tu baru tau nurse terpaksa ikat tangan sebab arwah meracau2 nak bangun dari katil sebelum dia koma). Otometik menangis, tak tahan tgk. I called her, suruh Mama bangun, Adik dah balik ni, and guess what? air mata Mama mengalir, she cried, she knew i was there. Abah yang ada kat tepi tu pun kagum, sebab Mama tak pernah tunjuk reaction macam tu since koma. I believed that she's waiting for me.



Sorry Mama, dah lama tak ziarah kubur Mama.
Dah nak masuk 7 tahun rupanya Adik tak dapat cium tangan Mama di pagi raya.
tapi Adik tak pernah lupakan Mama, Mama selalu ada dalam doa2 Adik.
Adik ralat, tak dapat sediakan baju raya untuk Mama, walaupun dah bekerja, dah ada duit sendiri sekarang. tapi Adik pasti akan belikan untuk Abah, supaya nanti Adik tak ralat lagi.




Al-Fatihah.



August 21, 2011

a lazy saturday


memang mengaplikasikan "lazy song" by bruno mars habis-habisan la harini
thought of joining iftar with ppktj friends, tapi laki bini malas nak redah kl petang2 sabtu ni, last2 iftar dgn makanan dari bazaar ramadhan jalan kuching je, huhu

was browsing some online shops, looking for a tudung yg match dgn baju raya ku yg sgt plain itu, tapi cam tak best lak tgk kat screen kompiter, tgk org pakai cantik, kang sendiri pakai bertambah2 bulat pulak mukaku yg mmg sedia bulat ini, tudung pon macam2 fesyen skang, but as for myself, tak suka sgt ikut trend, biasa2 sudah. hubs tak suka ku pakai tudung instant berawning, huhu. tau la memang nampak cm makcik2 pon kadang2, tapi tudung camtu la yang paling senang mase nak gi opis, senang nak bukak and pakai balik kat surau, time is money
bebeh on weekdays. weekend len cite aa takde rase bersalah nak melilit2 tudung lama2.

so now, tunggu gaji masuk, and nak menjamu mata di kedai2 tudung this friday. shopping sorang2 is quite dangerous for me. sebab takde orang nak perli "wahhh banyaknye duit die nak beli yg mahal2 ni" oleh consultant tetapku encik suami. it won't take me long to just take it and bring it to the counter.

kalau dgn bff ku pulak ok lagi aa sbb dorg ni rasional, walaupun kadang2 terkeluar ayat penyedap hati "takpe kan, kite keje penat sebulan skali skala beli mahal siket sbg reward kepada diri sendiri" wahahaha.

kalau dgn ibu mertuaku pun bahaya jugak, tambah2 kalau birasku ada skali, fuhhhhh godaan dtg dr kiri dan kanan kuuu, tp syok gak ada org teman, so this friday nak girls day out la dgn mama in law hihi

ok sekian dulu entry merapu untuk harini.

zaman "gaji" rm4k++

August 18, 2011

langit tak selalunya cerah



harini asyik terbaca blog yang sedih2..

ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk :(


semoga kita sentiasa memperoleh kekuatan untuk menghadapinya

he hates leopard

My husband hates leopard printed designs on clothes.
He just couldn't accept it.
Even the small2 things like baby mittens.
Ingatkan leopard je, sekali corak2 zebra pun kene reject.


Both pics taken from SandCastle Kid's Boutique


Jangan kan kate anak die, dgn bini die skali die tak approve pakai shawl yg ade unsur2 leopard.
Satu-satunye corak binatang yg dia bleh accept is cow hahaha ok cow printed on babies clothes are cute thou.

Actually entry ini tercipta pas tgk gambar kat bwh ni. This is ridiculuos la tapi, hubs sayang this is for you hahaha







August 16, 2011

homesick

saya homesick.
tapi setiap kali balik still rasa janggal.
i know time heals, but i'm very sure it's not that fast.

sekarang... balik sebab rindu abah je...
dah takde feeling mcm i miss my bedroom, i miss my bantal etc.

i miss those times, bila tiap2 kali balik, mama akan masak all my favourite dishes;
especially ikan terubuk bakar and masak lemak ketam.
confirm ada!

i miss the feeling that someone remembers what i like and what i don't like.
i miss my mama, badly.

luckily, opah is there to make me feel good.
i have to drive about 1 hour from ipoh just to feel welcomed home again.
opah akan masak sedap2 kalau tau ku nak balik.
tapi opah masak tetap takkan sama dgn mama masak.

well, life goes on dib.
take it or leave it.

agaknya sebab masa pun beredar. i'm now married to the man i love.
sekarang dah takde istilah "my bedroom, my bantal" anymore.
semua dah kena share.
even "my fav place to eat cendol" pon dah jadi "our fav place to eat cendol"

again, life goes on.


August 7, 2011

seminggu sudah berpuasa

Cikebum at 18 weeks


Cepat btol Ramadhan datang, tup tup dah seminggu kita berpuasa.
So far Alhamdulillah, puasa penuh lagi walaupun terawih on and off, cikebum memberikan kerjasama yg baik, you're strong kan baby?

Cikebum is almost 24weeks in my womb, another 16weeks to go.
Sangat aktif bila ku duduk diam2 tgh buat kerja kat ofis ke, masa tgh berbaring2 kt sofa sambil tgk drama petang2 ke, bergegar2 perut kena tendang.
Kadang2 tergelak sorang2, sebab bila dia start tendang, ku akan sembang2 dgn dia, and seronoknya dia tendang balik, mcm kasi respond, such an amazing feeling :)


Last week hubs and I went to the Parenthood Expo at Midvalley. Tapi ku dah start survey2 barang2 yang nak dibeli kat online shops dulu sebelum pergi. Just to know the price range, so that nanti takde la pergi expo then terpengaruh dgn perkataan SALE padahal harga sama je. Tapi, memang tak sangka langsung, harga kat expo for certain items mmg sangat2 murah. For example, if kat Mothercare harga dia rm400 plus, kat online shop bleh dapat around rm290, tapi kat expo dapat rm260. Besar jugak ape beza rm30 tu. Tapi sebab we all pergi dgn budget yang dah memang fix, grab jela barang2 within the budget, although balik tu rasa rugi sangat tak beli certain items sebab harga memang murah compared to online shops. Nak buat camno, kang tak makan nasik plak kang sebulan sebab bankrap awal2 kat expo..

I know setengah orang maybe rasa awal lagi nak beli barang baby, ramai yang tunggu dah 7 or 8 months baru beli segedabak sekali, but not for hubs and I. Kalau nak harap kitorg kumpul duit then beli kemudian mmg tak terkumpul la duit tu. So kitorg akan beli barang sikit2 setiap kali dapat gaji. So hujung2 tu kitorg bleh concentrate utk bayar yg paling penting; hospital fee. Well, lain orang lain cara kan.

Oklah, nak panaskan lauk untuk berbuka, harini masak kari ayam saje.
Top up dgn kuih muih dan laksa dari bazar, hehe.

Selamat berpuasa !


anyway, congrats to my bestie Nana, another mommy-to-be in the house ! ;D