January 30, 2010

yg hidup perlu meneruskan hidup



harini birthday abah.
unfortunately,anak dia ni,
hanya teringat nak wish pada pukul 9.15pm waktu Jepun.
adoiiiiii memang hampeh gila.
yang lebih menghampehkan lagi,abang and bab pun tak wish lagi,
mesti abah sedih.
bila susah,bila tak cukup duit,bila nak mintak tolong apa2,
baru nak ingat kat abah.
dengar suara abah tadi pun tau abah macam kecewa.

sorry abah..

bukan tak ingat,ingat je 30hb Jan ialah birthday abah,
tapi sebab harini langsung tak terpandang tarikh kat handphone,
pendek kata,memang tak tahu pun harini berapa haribulan.

memang secara jujurnya,saya sayang mama lebih dari sayang abah.
sebab saya anak bongsu,perempuan seorang dalam keluarga,
yang sangat rapat dengan arwah mama.
tapi saya tetap sayang sangat kedua-duanya.
yang melahirkan,membesarkan dan mendidik saya,
to be who i am now.

happy birthday abah.
semoga panjang umur,murah rezeki selalu.
i always love u,abah.
i was mad at you,and i guess i am still mad at you,
tapi...
saya dalam proses memaafkan,abah.
saya dalam proses menerima hakikat,
saya dalam proses untuk redha dengan ketentuan Allah,
saya dalam proses menguatkan hati,
saya dalam proses memperbaiki kekurangan.

and i believe that time really heals,insyaAllah.


Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau ampunilah segala dosa-dosa kedua ibu bapa ku,
Kau kasihanilah mereka seperti mereka mengasihani kami adik beradik
semasa
kami kecil,
Kau tempatkanlah mama ku di kalangan ahli-ahli syurgaMu,
Kau panjangkanlah umur dan murahkanlah rezeki abahku,
Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada abahku,
Kau lindungilah abahku dari kecelakaan dan malapetaka,
Kerana sesungguhnya hanya Kau yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui.

current mood : feeling useless.nak balik mesia cepat2.nak jadi anak abah yang baik.

1 comments:

dartdadada said...

ok jom kita sma2 balik...:)